Oleh: Farezul Fadzal
Industri tembaga di Terengganu yang kini berusia hampir 300 tahun merupakan satu-satunya perusahan barangan berkenaan yang terdapat di Malaysia.
Satu-satunya industri yang memerlukan kemahiran dan sentuhan halus kreatif penghasilnya memberikan nilai astetik yang tinggi bagi dijadikan bahan perhiasan.
Kampung Ladang di Kuala Terengganu menjadi lokasi unik bagi industri tembaga tersebut, di tengah-tengah pembangunan pesat Bandaraya Kuala Terengganu dan masih bertahan walaupun menghadapi pelbagai masalah.
Pemilik syarikat Wanisma Craft & Trading, Wan Mahadi Wan Ismail, 46, merupakan generasi keenam yang gigih meneruskan perusahaan pembuatan produk tembaga menggunakan teknologi tradisional walaupun berdepan dengan pelbagai masalah.
Beliau yang mewarisi peninggalan bapanya, Wan Ismail Wan Idris, seorang pembuat tembaga terkenal dan memiliki 25 pekerja, meminta kerajaan menyelamatkan industri tembaga yang kian pupus.
Katanya, tidak ramai pengusaha tembaga meneruskan perniagaan tersebut disebabkan kesukaran mendapatkan pekerja mahir serta tiada sokongan berterusan daripada kerajaan.
“Industri tembaga merupakan imej Terengganu kerana apabila sebut sahaja mengenai tembaga, tidak ada di tempat lain di Malaysia kecuali di Terengganu iaitu di Kampung Ladang, Kuala Terengganu,” katanya kepada wartawan GanuKita ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Beliau berkata, nilai industri tembaga amat tinggi kerana skil pembuatannya amat berbeza berbanding industri tradisional lain, termasuk pembuatan bot.
Katanya, disebabkan produk tembaga mempunyai nilai sejarah amat tinggi dan mampu menjadi tarikan pelancong, ia perlu dilindungi dan mendapat perhatian kerajaan.
Menurutnya, sebelum ini terdapat beratus-ratus pengusaha tembaga di kawasan itu, namun kini hanya tinggal 19 pengusaha sahaja.
Beliau yang menjadi rujukan banyak pihak dan telah melahirkan beberapa pekerja mahir namun bakat tersebut kini hilang begitu sahaja kerana kelesuan industri itu sendiri.
Katanya, pihak terlibat perlu turun padang dan berbincang dengan semua pengusaha tembaga di kawasan itu bagi membincangkan segala permasalahan agar industri warisan ini terus bernafas pada masa depan.
“Apa yang lebih penting adalah kerajaan melindungi industri ini bukan setakat memberi bantuan semata-mata,” ujarnya.

well encik wan mahadi yang sebenarnya yang tidak berminda business.Jangan rayu pada kerajaan malaysia yang tidak perduli pun akan warisan seni sendiri.Mau perlidungan?encik wan yang patut lindung warisan tembaga ni?pergi luar negara-china,singapore,etc mereka mana ada seni ini.Bila dijual di luar negara saya memang tersangat yakin hasil seni tembaga encik akan dijual pada harga amat tinggi?why?because ianya tembaga dan ia seni melayu asli!!!!!lagi satu ni sekarang zaman internet encik wan buta IT?saya tidak jumpa laman web tentang hasil seni encik wan dan encik wan memerlukan pelapis??remaja rajin baca paper ker?no they read internet only and tv.Promosi zero!
BalasPadamsy hendak mencari orang yg boleh menempa tembaga utk membuat dulang.
BalasPadammnfirdauz@gmail.com
Saya ada beratus kilo tembaga dari industri yg terbuang.apa patut saya buat selain dari menjualnya?
BalasPadamSaya ada beratus kilo tembaga dari industri yg terbuang.apa patut saya buat selain dari menjualnya?
BalasPadam