Rabu, 28 Januari 2009

MB Iring Jenazah Pelajar Ke Tanah Perkuburan

Oleh: Kamarudin Mat Akib


MENTERI Besar, Dato' Ahmad Said bersama penduduk Kampung Pulau Manis mengangkat jenazah pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir, sebaik kereta jenazah dari Kuala Lumpur tiba kira-kira jam 8.30 pagi. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengiringi jenazah pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir, empat hari lalu, ke Tanah Perkuburan Kampung Pulau Manis, Manir, pagi ini (27 Januari 2009).

Sebelum itu, kira-kira jam 9 pagi, beliau turut menyertai lebih 100 penduduk tempatan menunaikan solat jenazah Alahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi, 22, di masjid kampung berkenaan.

Dato’ Ahmad yang diiringi isteri, To’ Puan Norliza Mahmud, tiba di rumah keluarga Alahyarham Mohd Hatta, kira-kira jam 8 pagi. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Haji Md Kamarul Al-Amin Ismail.


Ibu kepada pelajar yang meninggal dunia di Mesir tidak dapat menahan perasaan terharunya sebaik jenazah anaknya tiba di rumahnya di Kampung Pulau Manis, Manir.

Kira-kira setengah jam kemudian, van jenazah van yang membawa mayat tiba di rumah berkenaan dan disambut Menteri Besar dan ahli keluarga Alahyarham Mohd Hatta.

Jenazah berkenaan kemudiannya dibawa ke masjid untuk solat jenazah dan dikebumikan di tanah perkuburan tidak jauh dari situ.

Pelajar jurusan Usuluddin di Universiti al-Azhar itu meninggal dunia pukul 1.20 pagi, 24 Januari lalu dan mayatnya tiba di KLIA jam 9 malam tadi.


Dato' Ahmad Said mengaminkan doa sebaik jenazah pelajar mesir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Manis.

Alahyarham yang memulakan pengajian di universiti berkenaan September tahun, tinggal di Asrama Darul Iman Hayyuhasir di Kaherah dan mendapat tajaan YT.

Menteri Besar berkata, sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap keluarga, YT akan menanggung semua perbelanjaan penghantaran jenazah alahyarham ke tanah air.

Unit Komunikasi Negeri



Gerhana Matahari di Minggu Falak 2009
Oleh : Farezul Fadzal


YB Ustaz Khazan melihat fenomena gerhana matahari yang berlaku pada petang 26 Januari 2009 di Taman Tamadun Islam. Gambar kecil ialah urutan fenomena gerhana matahari antara jam 4.37 petang dan 5.50 petang. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Minggu Falak (Astronomi) Terengganu 2009 yang berlangsung bermula 25 hingga 27 Januari memfokuskan kepada fenomena gerhana matahari berikutan fenomena tersebut mampu dilihat jelas di Terengganu.

Fenomena gerhana matahari separa dapat dilihat jelas hampir semua kawasan Asia Tenggara termasuklah di Terengganu dimana fenomena tersebut juga pernah disaksikan penduduk tempatan pada tahun 1998.

Pada tahun ini sebanyak dua kali fenomena gerhana matahari berlaku termasuklah pada 26 Januari berlaku pada magnitud 60 peratus manakala pada 22 Julai pada magnitud 20 peratus.

Turut hadir menyaksikan fenomena tersebut Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Yb. Khazan Che Mat; Pengerusi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Dato’ Abdul Latiff Awang dan Pengarah Urusan PSKT, Dr. Mohd Zaki Mohd Said.


Pelajar Universiti Darul Iman menggunakan cermin mata khas untuk melihat fenomena gerhana matahari di Taman Tamadun Islam.

Sempena program tersebut, Universiti Darul Iman (UDM) turut menyediakan kelengkapan alat cerap untuk orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri fenomena gerhana matahari tersebut di perkarangan Tasik al-Jazari, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, hari ini (26 Januari).

Tepat jam 4.37 petang fenomena tersebut mula kelihatan sehinggalah jam 7.00 petang dan fenomena tersebut dijangkakan berlaku lagi pada tahun 2031.

YB. Khazan ketika ditemui berkata program yang diadakan itu mampu mengembalikan minat terutamanya para pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

“Ini satu langkah bijak yang diambil oleh pihak yang terlibat pada hari ini diharap ianya menjadi pencetus kepada kebangkitan dunia sains islam yang kini dikuasai oleh dunia barat,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri.



Program ETA Berkesan
Oleh Farezul Fadzal


YB Ahmad Razif bergambar bersama Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) pada majlis penyerahan kepada sekolah terpilih di Permai Inn. - Foto SHUHAIMI AHMAD

Program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) yang dimulakan sejak tiga tahun lalu diakui memberi kesan amat baik dikalangan para pelajar sekolah.

Malah keputusan peperiksaan pelajar yang didedahkan dengan program tersebut menunjukkan keputusan membanggakan dalam peperiksaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, YB. Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sekolah yang terlibat dalam program berkenaan pada tahun lalu telah menunjukkan peningkatan dalam menyertai program berbahasa Inggeris.

“Contohnya seperti perbahasan bahasa inggeris. Sudah ada keberanian kepada pelajar-pelajar kita. Kalau sebelum ini sebut sahaja program bahasa inggeris memang payah budak-budak kita nak sertai, sebab dia rasa tak yakin sedangkan dia boleh melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) 2009 di Permai Inn, Kuala Terengganu, hari ini (23 Januari).

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-AS (MACEE), Dr, Jim Coffman dan Ketua Penolong Pengarah Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Terengganu, Aziz Mohd.

Program ETA anjuran Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-AS (MACEE) dengan kerjasama kerajaan negeri telah dimulakan sejak tiga tahun lalu diperkenalkan disekolah elit dan premier di seluruh negeri, kini mula dilaksanakan di sekolah menengah biasa dan sekolah rendah.


YB Ahmad Razif menyerahkan Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris kepada wakil sekolah terpilih.

Bagi tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM600,000 bagi menempatkan 23 pelajar lepasan ijazah dari Amerika Syarikat (AS) akan di 23 buah sekolah seluruh negeri Terengganu selama 10 bulan.

Kumpulan tersebut akan ditempatkan di 21 buah sekolah menengah serta di dua buah sekolah rendah sebagai percubaan iaitu di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir dan di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud.

“Jika usaha kita berjaya, insya Allah kita akan menempatkan lebih ramai lagi pelajar ETA ini ke sekolah-sekolah harian biasa tambahan pula kita menerima permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan sekolah-sekolah lain,” katanya.

“Jadi dengan adanya kehadiran ETA program, ia memberikan keyakinan kepada para pelajar kita untuk berkomunikasi, jadi dia tidak rasa takut dan dia seronok hari ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Abdullah Mamat berkata pihaknya berbesar hati menerima kedatangan guru pembantu Bahasa Inggeris tersebut.

“Pihak kami telah meyediakan kemudahan tempat tinggal kepada guru tersebut di asrama sekolah kami dan saya juga telah memberitahu kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat tentang kehadiran guru tersebut supaya diterima dalam masyarakat,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap dengan adanya guru pembantu tersebut akan dapat meningkatkan prestasi para pelajar sekolah tersebut dalam bahasa inggeris sama ada dari segi penulisan dan pertuturan.

Bagi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu, Pn. Hajah Anuar Harun, 54, berkata pihaknya mempunyai pelbagai program yang telah disediakan.

“Kita akan memberi advantage kepada budak-budak kita di tingkatan satu dan tingkatan empat. Biasanya Bahasa Inggeris kita ada lima kelas setiap minggu. Jadi satu daripada kelas tersebut akan diberikan kepada guru pembantu ETA supaya para pelajar dapat mendengar bagaimana sebutan bahasa inggeris dengan betul dan dalam masa masa, pelajar boleh belajar bercakap dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Khamis, 22 Januari 2009

40 Tabika Guna Program TBKids

Oleh: Esah Abdullah


Kanak-kanak Tabika sedang menggunakan TBKids yang baru diperkenalkan kerajaan negeri. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Satu program pembelajaran untuk kanak-kanak pra-sekolah yang dikenali sebagai Terengganu Briliant Kids (TBKids) akan diperkenalkan di seluruh negeri dalam tempoh terdekat.

“Buat permulaan 40 Tabika terlibat dengan program ini atau satu di setiap Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, hari ini (21 Januari).

Katanya, kerajaan membelanjakan RM1.2 juta untuk program ini bagi menggantikan Program Q-dees yang hanya menyediakan dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Program ini mempunyai enam subjek iaitu Bahasa Malaysia (BM) Bahasa Inggeris (BI), Sains (SC) Matematik (MT), Pendidikan Moral (PM) dan Jawi,” katanya..


Menteri Besar, Dato' Ahmad Said bersama ahli Exco mendengar taklimat daripada wakil Top IT mengenai program TBKids.

Katanya, melalui program ini kanak-kanak berusia antara tiga hingga enam tahun dapat melakukan pelbagai tugasan seperti melukis, mewarna, membaca, menyanyi serta mengaji Quran.

“TBKids adalah ciptaan anak tempatan yang dikendalikan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd bersama tenaga pengajar Tabika Yayasan Terengganu,” katanya.

“Sebagai permulaan kita cuba laksanakan di setiap daerah atau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” kata Menteri Besar ketika menghadiri taklimat Program TBkids di Taska Permata Hadhari, Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Batu Buruk, hari ini (21 Januari).

Terdahulu Menteri Besar bersama Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri menghadiri taklimat program TBKids telah disampaikan oleh Pengurus Top IT Industries Sdn Bhd, Encik Isa Nik.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.

Dalam majlis tersebut Dato’ Ahmad yang bersetuju dengan pengisian program itu turut membuat cadangan terhadap beberapa produk yang dipapar seperti pelajaran BM perlu ada BI dan begitu juga sebaliknya.

Kanak-kanak pada usia muda memerlukan sebuah acuan yang sesuai dan boleh mendatangkan kecenderungan untuk mengenali perkara baru dalam fasa kehidupan harian mereka.

Program TBKids menjawab segalanya dengan menyediakan bentuk pembelajaran yang cepat dan mudah melalui kemudahan teknologi maklumat (IT) yang menggunakan sentuhan hujung jari dan pencil yang diterjemahkan ke atas skrin berukuran 7x4 kaki.


Program TBKids lebih efektif dan dinamik berbanding Q-dees.

Program ini lebih efektif dan dinamik di samping boleh diubahsuai setiap masa mengikut keperluan dengan lima subjek berbanding sistem terdahulu (Q-dees) dua sahaja iaitu bahasa Inggeris dan Matematik.

Dalam pelajaran BM sendiri mempunyai pengenalan, pembelajaran , aktiviti dan permainan dan begitu juga dengan subjek lain yang mengajak kanak-kanak membuka minda dan berani ke hadapan untuk mencuba.

Begitu juga dengan pelajaran Jawi dimulakan dengan bacaan doa beserta gambar, suara dan tulisan untuk memudahkan mereka sama ada menghayati, mengikut bacaan dan melihat lokasi berwarna-warni.

Unit Komunikasi Negeri

Rabu, 21 Januari 2009

Pilihan Raya Lancar

Oleh: Farezul Fadzal


Ketua Polis Terengganu, Datuk Sukri Dahlan pada sidang media mengenai rumusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Sukri Dahlan menyifatkan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PKR) Kuala Terengganu disifatkan berlangsung dalam keadaan selamat.

Menurutnya, pihak masyarakat turut banyak membantu serta memberi kerjasama kepada polis dalam menentukan suasana keamanan dapat dikekalkan sepanjang tempoh pilihan raya kecil berjalan.

Beliau berkata demikian pada sidang media tentang rumusan pilihan raya kecil di bilik mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu, hari ini.

Tambahnya, pihak polis turut berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dengan perancangan rapi yang dibuat sejak awal lagi telah dapat dijalankan dengan teliti.

“Matlamat polis dalam merencanakan operasi ini, adalah berteraskan kepada matlamat insiden sifar (zero incidents) pada pilihan raya kecil ini,” ujarnya.

Jelasnya, seramai 3,500 polis terlibat dalam operasi kali ini dan modus operasi keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diguna pakai turut sesuai digunakan dalam pilihan raya akan datang.

“Pendekatan ini lebih kepada pendekatan bersepadu. Itulah yang menyebabkan keberkesanan tugas-tugas polis dalam mementukan tahap keselamatan berada di tahap terbaik,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pihak polis turut menerima 107 kes dilaporkan sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung termasuklah sembilan kes dibawah Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Pilihan Raya (8), Akta Polis (1) dan lain-lain sebanyak 83 kes.

Selain itu, sebanyak 69 laporan polis telah dilaporkan oleh pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melibatkan penurunan bendera dan poster.

“Bendera yang diturunkan adalah sebanyak 702 helai,” jelasnya.

Manakala sebanyak 617 banner dan poster diturunkan menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 1,319 helai.

Unit Komunikasi Negeri.

Kepala Singa Sambut Tahun Baru Cina.

Oleh : Farezul Fadzal


Alex menunjukkan kepala singa baru yang akan dipersembahkan pada Tarian Singa sempena Tahun Baru Cina. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Sebanyak enam kepala singa baru serta tiga gendang baru akan digunakan dalam majlis Perasmian Kepala Singa Baru dan Gendang Tarian Singa Sempena Tahun Baru Cina 2009 yang akan diadakan di pintu utama Mydin Mall pada 23 Januari pada jam 5.00 petang ini.

Pengerusi Kelab Kebudayaan dan Sukan Kuala Terengganu (Kesun), Alex Ong Yeok Leng, berkata, satu persembahan lain turut akan diadakan sempena menyambut perayaan pada kali ini termasuklah Persembahan Tarian Singa.

Tambahnya, persembahan tersebut pula akan diadakan diseluruh negeri Terengganu kecuali di daerah Dungun bermula 23 Januari sehingga 13 Februari ini yang akan dijayakan oleh 28 ahli kelab berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di Mayang Village, Mydin Mall, Kuala Terengganu hari ini, (21 Januari).

Hadir sama, Naib Pengurus Mydin Mall Kuala Terengganu, Mr. S. Balasundram.

Sehubungan dengan itu, beliau menjemput penduduk berhampiran untuk datang beramai-ramai bagi meyaksikan persembahan tersebut, seterusnya meraikan kedatangan tahun baru cina ini.

Menurut Alex, terdapat dua saiz naga yang akan digunakan dalam persembahan nanti iaitu lima bagi saiz dewasa sementara satu bagi saiz remaja. Manakala bagi gendang pula, satu bagi saiz besar dan dua lagi mempunyai saiz sederhana.

Katanya, pihaknya juga telah mendapat kelulusan permit dari pihak polis bagi menjayakan persembahan sepanjang tarikh tersebut.

Pihaknya juga bersedia mengadakan persembahan di mana-mana premis kediaman atau perniagaan sekiranya diperlukan bagi meraikan kedatangan tahun baru cina kali ini.

Untuk itu, sesiapa berminat boleh menghubungi nombor telefon 017-289 1933, 017-2891733 dan 019-913 4388.

Unit Komunikasi Negeri.

Sabtu, 17 Januari 2009

BN Terus Khidmat Kepada Rakyat

Oleh: Kamarudin Mat Akib, Aida Abd Rahman dan Farezul Fadzal


Dato' Seri Najib, Dato' Ahmad Said dan Dato' Wan Ahmad Farid pada sidang media di Kediaman Seri Iman selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat negeri ini walaupun sebilangan pengundi di Kuala Terengganu menolak parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata keputusan pilihan raya itu yang tidak memihak kepada BN, tidak melemahkan semangat dan kekuatan parti komponen itu, sebaliknya pemimpin BN akan menggandakan usaha untuk memberi khidmat bakti kepada rakyat.

“Saya ingin menyatakan bahawa BN menerima keputusan yang dibuat pengundi Kuala Terengganu. Ini membuktikan sistem demokrasi berjalan lancar. Suara rakyat ialah suara keramat,” katanya pada sidang media di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Sebelum itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustafa Wan Hassan, mengumumkan calon BN, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi manakala calon PAS, Abdul Wahid Endut meraih 32,883 undi.

Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi, sekaligus hilang wang deposit. Undi rosak ialah 665 manakala peratus keluar mengundi ialah 79.9 peratus.

Keputusan pilihan raya itu diumumkan di Stadium Negeri, jam 9.30 malam.

Dato’ Seri Mohd Najib berkata, kepimpinan BN akan melakukan apa yang sepatutnya termasuk menyusun semula imej parti di samping mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

Bagaimanapun, menurut beliau kekalahan dalam pilihan raya kecil itu tidak akan memberi impak kepada pilihan raya umum dan tidak bererti rakyat menolak BN secara keseluruhannya.

Unit Komunikasi Negeri

____________________________

Mohd Abdul ikrar tunai tanggungjawab

KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, berikrar akan menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan pemilih untuk mengetengahkan pelbagai isu, terutama isu tempatan di Parlimen.

Malah, katanya tanggungjawab sebagai wakil rakyat bertambah kerana perlu menjaga empat Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya DUN Wakaf Mempelam, sebelum ini.

Beliau berkata, kemenangannya pada pilihan raya itu disebabkan sudah lama mengenali pengundi, sekali gus memudahkan kempen menemui pemilih.

"Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada saya dan saya akan laksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

"Terima kasih juga pada Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan semua petugas pilihan raya kerana menjadi pilihan raya kali ini berjalan lancar," katanya ketika ditemui selepas pengumuman rasmi di Stadium Negeri, di sini.

Dalam pertandingan tiga penjuru semalam, Mohd Abdul Wahid yang memperolehi 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi, calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Sementara itu, Wan Ahmad Farid berkata, kekalahannya pada pilihan raya itu akan dijadikan landasan untuknya terus bekerja keras berkhidmat untuk rakyat.

Beliau menghormati dan menerima keputusan itu dengan rela hati dan mengucapkan tahniah kepada Mohd Abdul Wahid yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang mengundi BN walaupun undi mereka tak cukup untuk memenangkan BN.

"Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan pengundi yang tak undi BN kali ini akan tukar fikiran memilih BN.

"Saya nak ucapkan teima kasih kepada semua jentera dalam dan luar yang banyak membantu. Saya tahu mereka kerja kuat tetapi akhirnya rakyat membuat keputusan dan keputusan ini harus dihormati," katanya.
___________________________________________

Keputusan Pilihan Raya Kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu



Pas rampas Parlimen Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Dipetik dari Buletin Harian Online

Semua 36 pusat undi ditutup 5 petang



KUALA TERENGGANU: Semua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditutup tepat jam 5 petang tadi selepas tamat tempoh pengundi memilih wakil Parlimen mereka, hari ini.

Keadaan di pusat pengundi membabitkan 143 saluran mengundi tidak jauh beza ketika dibuka jam 8 pagi dengan proses mengundi dilaporkan lancar.

Pihak berkuasa keselamatan, terutama polis berkawal di sekitar kawasan pusat mengundi, termasuk helikopter PDRM berlegar-legar di ruang udara bagi memantau keadaan.

Beberapa insiden kecil yang berlaku di pusat pengundian terutama pada waktu tengah hari di kawasan 'panas' bagaimanapun tidak mencetuskan suasana tidak diingini.

Polis menganggap kejadian terbabit sebagai 'ketegangan' antara penyokong parti bertanding tetapi lebih kepada keseronokan perayu undi, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang akhbarnya, petang ini.

Dalam masa beberapa jam lagi, tumpuan seharusnya kepada proses pengiraan undi serta pengumuman kemenangan calon yang bertanding di Stadium Negeri, di Jalan Sultan Mahmud, yang dijangkakan sekitar jam 10.30 malam ini.


Dipetik Dari : Berita Harian Online

76 peratus keluar undi setakat jam 4 petang



KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 76 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

"Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi selepas pusat mengundi ini ditutup pada jam 5 petang sedang dikira," katanya jurucakapnya di sini, hari ini.
Dipetik Dari : Berita Harian Online

Tiada pengundi hantu: SPR



KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak wujud pengundi hantu pada pengundian pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata sekiranya pihak mempunyai maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu, mereka hendaklah membuat laporan segera kepada SPR untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, saya tidak ada maklumat mengenai perkara berkenaan (pengundi hantu). Tapi saya yakin tidak ada pengundi hantu. Saya dah cakap berkali-kali, kalau ada maklumat tentang hantu-hantu ini, beritahu SPR,” katanya di sini ketika ditanya pemberita mengenai enam bas diiringi polis dikatakan membawa pengundi hantu.

Beliau berkata SPR akan menyiasat dakwaan itu dan berpendapat kemungkinan pengundi tempatan yang berada di luar kawasan dibawa dengan menggunakan bas berkenaan untuk pulang mengundi di Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, bas itu mungkin diiringi polis bagi mengelakkan kejadian penahanan bas oleh penyokong parti di Marang pada pilihan raya umum lalu berulang.

“Dan saya beri jaminan bukan pengundi hantu. Kalau bas lain, mana boleh hantu naik bas. Tak ada... Saya dah cakap berkali-kali tolong... Kalau ada apa-apa maklumat, nama ke, alamat ke, nombor kad pengenalan ke... beritahu kami (SPR). Kita akan sama-sama siasat dan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) dilarang daripada memasuki bilik saluran mengundi bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil itu, sebaliknya mereka dibenarkan memasuki kawasan pusat mengundi.

Katanya sudah termaktub dalam peruntukan undang-undang, individu yang mengundi tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Ketika ditanya sama ada terdapat cadangan supaya Pegawai Pengurus Pilihan Raya dilantik di kalangan pegawai SPR bagi mengelakkan pertindihan tugas, Abdul Aziz berkata cadangan itu akan dipertimbangkan.

“Kita akan timbangkan perkara tersebut. Setakat ini kita tidak ada masalah tapi kita akan lihat dan kaji dulu perkara ini,” katanya.

Sebagai Pengerusi SPR yang baru, Abdul Aziz berkata beliau mengalukan pandangan untuk penambahbaikan SPR pada masa akan datang termasuk daripada Mafrel, badan bebas yang lain serta petugas SPR yang berpengalaman luas mengendalikan pilihan raya. - Bernama

Dua jam sebelum ditutup, petugas tingkat usaha bawa pengundi


KUALA TERENGGANU: Kira-kira dua jam lagi semua 36 pusat mengundi ditutup, petugas parti yang bertanding semakin hebat meningkatkan usaha membawa keluar serta meraih undi di pos yang disediakan.

Seorang wakil Puteri Umno di Gong Kapas di sini, berkata pihaknya menggandakan usaha untuk membawa dan meraih pengundi keluar supaya menunaikan kewajiban masing-masing.

Bagaimanapun, katanya purata pengundi yang keluar pada sebalah tengah hari agak perlahan berbanding pagi.

Peraih undi yang berada di pos masing-masing didapati menggunakan pelbagai pendekatan meraih undi, termasuk mengibarkan poster calon, bendera sepanduk, risalah parti untuk mendapatkan pengundi.

Beberapa insiden kecil membabitkan peraih yang masing-masing bertekak dan mengeluarkan kata-kata kesat, turut mewarnaikan proses pengundian sejak dibuka jam 8 pagi tadi.

Di Gong Kapas dilaporkan berlaku pergaduhan kecil antara peraih parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, tetapi tinjauan jam 2.20 petang tadi keadaan kembali tenang.

Anggota polis kelihatan meningkatkan kawalan di pintu masuk pusat mengundi di Sekolah Menengah Gong Kapas, jam 1.30 tengah hari tadi.

Dipetik Dari : Berita Harian Online

Calon BN antara terawal mengundi



KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, antara yang terawal tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Ladang, di sini jam 7.45 pagi.

Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab yang turut mengundi di tempat sama, kemudian masuk ke pusat mengundi tepat jam 8.03 pagi dan keluar dari pusat berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.

Kehadiran Wan Ahmad Farid mendapat perhatian penyokongnya dengan Wan Farid melambai-lambai ke arah mereka sambil melaungkan "Hidup BN, Hidup Umno".

____________________________________

Calon Pas , isteri tiba di pusat undi 7.50 pagi

KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Chabang Tiga, Seberang Baruh, jam 7.50 pagi untuk mengundi di pusat itu.



Beliau ditemani isteri, Wan Fatimah Wan Abdullah bersama lima daripada sembilan anaknya yang turut mengundi di pusat sama.
________________________________________

Calon Bebas bukan pengundi di KT

KUALA TERENGGANU: Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu mempunyai sejarah tersendiri apabila seorang daripada tiga calonnya tidak mengundi di kawasan Parlimen berkenaan.

Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, 45, tidak mengundi hari ini di sini, sebaliknya beliau didaftar sebagai pengundi di Parlimen Petaling Jaya Utara.

Usaha untuk menghubunginya sejak awal pagi ini bagaimanapun gagal apabila telefon bimbitnya ditutup.

Azharudin yang dilahirkan pada 1 April 1963 juga pengundi berdaftar untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama.

Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, 52, mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, di Wakaf Mempelam manakala calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Ladang.

________________________________________

Pusat mengundi dibuka, keadaan tenang

KUALA TERENGGANU: Semua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dibuka jam 8 pagi tadi bagi membolehkan 80,229 pemilih menunaikan hak masing-masing hari ini.

Keadaan di pusat pengundi membabitkan 143 saluran mengundi dilaporkan tenang sebaik dibuka dengan pengundi tiba seawal jam 7 pagi.

Pihak berkuasa keselamatan, terutama polis dilihat berkawal di sekitar kawasan pusat mengundi, termasuk helikopter PDRM berlegar-legar di udara bagi memastikan tiada keadaan tidak diingini berlaku.

Tiga calon menawarkan diri bertanding iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada Barisan Nasional (BN) dan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas) dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di situ adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Jabatan Meterologi dalam laporannya semalam meramalkan hujan di Kuala Terengganu pada sebelah petang.

Keputusan pilihan raya kecil ini dijangka diketahui sekitar jam 10.30 malam.

Hampir 42 peratus mengundi menjelang tengah hari

KUALA LUMPUR: Seramai 33,133 pengundi atau 41.84 peratus daripada 80,229 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu sudah melaksanakan tanggungjawab di 36 pusat pembuangan undi menjelang 12 tengah hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata saluran satu dan dua yang mewakili pemilih warga emas mencatat jumlah paling tinggi, iaitu 50 peratus, manakala saluran pengundi muda masih rendah.

SPR, katanya, berpuas hati dengan peratusan pemilih yang sudah keluar mengundi.

Beliau menjangkakan lebih 90 peratus pemilih akan keluar mengundi menjelang waktu penutupan pusat pembuangan undi pada lima lima petang ini.

_________________________________

Ramalan peluang sama rata menjelang pengundian

KUALA TERENGGANU: Menjelang pengundian pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu esok, Barisan Nasional (BN) dan Pas, masing-masing diramal mempunyai peluang sama rata untuk menang.

Tidak harianlah sehingga petang ini, jentera kedua-dua parti masih meneruskan kempen sebagai usaha terakhir mendapatkan sokongan pengundi sebelum tempoh kempen tamat 12 tengah malam ini.

Sejak penamaan calon 6 Januari lalu, tumpuan pertandingan adalah antara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN dan Mohd Abdul Wahid Endut daripada Pas.

Turut bertanding calon Bebas, Azharudin Mamat.

Sebanyak 36 pusat mengundi akan dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang esok.

Jabatan Meterologi meramalkan hujan pada sebelah petang.

Kawasan itu mempunyai 80,229 pengundi termasuk 838 pengundi pos.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu.

Dalam pilihan raya kecil ini, beberapa penganalisis membuat ramalan bahawa peluang antara calon BN dan Pas untuk menang adalah seimbang.

“Kemenangan banyak bergantung kepada pengundi atas pagar,” kata seorang penganalisis.

Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di situ adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Dalam kehangatan berkempen, tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku termasuk di beberapa kawasan yang dianggap “hitam”.

Kira-kira 6,000 anggota polis dikerah untuk memastikan tahap keselamatan.

Keputusan pilihan raya kecil itu dijangka diketahui sekitar jam 10 malam. - Bernama

____________________________________

Wan Farid nafi beri wang kepada wartawan

KUALA TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menafikan beliau terbabit dalam memberikan wang kepada dua wartawan sebuah laman web di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, petang semalam.

Beliau berkata dalam tempoh pilihan raya kecil sekarang, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan untuk memburukkan peribadinya.

“Saya tidak ada wang untuk ditawar kepada sesiapa...itu bukan saya punya.

"Anda tahu orang boleh buat apa sahaja terutama dalam pilihan raya kecil apabila anda menjadi perhatian.

“Yang pasti ia bukannya daripada Barisan Nasional...saya boleh pastikan. Itu bukan wang saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di sini hari ini.

Beliau yang ditemani isterinya, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ketika bertemu para pengundi di sekolah berkenaan selepas mengundi pada jam 8.02 pagi.

Wan Ahmad Farid menegaskan beliau mahu menang pilihan raya kecil ini dengan cara adil tanpa bersubahat dengan sesiapa atau melakukan yang menyalahi undang-undang.

Semalam, dua wartawan laman web berbahasa Mandarin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mendakwa diberikan satu sampul surat berisi wang ketika berada di pusat media berkenaan. - Bernama

Dipetik Dari : Berita Harian Online

Jumaat, 16 Januari 2009

Nafi beri wang kepada petugas media

KUALA TERENGGANU: Kementerian Penerangan hari ini menafikan memberi sebarang imbuhan kepada petugas media yang membuat liputan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Penerangan, Hisham Abdul Hamid, berkata kementerian tidak pernah mengarahkan mana-mana pegawainya untuk berbuat demikian.

“Perkara ini bukan menjadi amalan Kementerian Penerangan,” katanya di sini hari ini.

Portal Malaysiakini versi Mandarin hari ini melaporkan bahawa seorang pegawai Kementerian Penerangan memberikan sampul berisi wang kepada petugas media yang membuat liputan pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, dua wartawan Merdekaview.com membuat laporan polis berhubung dakwaan menerima satu sampul surat putih berisi wang daripada seorang pegawai yang bertugas di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Laporan dibuat pada jam 7.13 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. - Bernama
__________________________

Mat Razali buat laporan polis

KUALA TERENGGANU: Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim membuat laporan polis mengenai tuduhan seorang penceramah pembangkang yang mendakwa beliau mengugut akan memecat kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jika tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 10.55 pagi, semalam.

Beliau berkata, laporan Mat Razali itu adalah antara 25 laporan yang dibuat dalam tempoh 24 jam kelmarin, termasuk 18 kes dibuat oleh pasukan pemantau pilihan raya kecil.

Mat Razali melepaskan jawatan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam, dua hari sebelum pengundian hari ini bagi menjaga integriti dan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, Jalan Sultan Mahmud akan ditutup kepada semua kenderaan dari bulatan Batu Bersurat sehingga ke simpangan Jalan Kemarudin bagi membolehkan penyokong parti yang bertanding berkumpul di hadapan pusat penjumlahan rasmi undi di Stadium Negeri di sini, mulai jam 5 petang ini.

Katanya, berikutan penutupan jalan itu, lencongan akan dibuat secara berperingkat bagi melancarkan lalu lintas membabitkan Lorong Budiman (kenderaan ringan sahaja), Jalan Haji Abdul Rahman Limbong, Jalan Tok Adis dan Jalan Bukit Tok Kah- Kampung Undang.

Beliau berkata, bas awam akan menggunakan laluan Jalan Abdul Rahmn, Jalan Tok Adis dan Jalan Bukit Tok Kah-Kampung Undang.

Mohd Shukri berkata, pengguna dari arah Chendering/Kuantan yang ingin ke pusat bandar/Kota Bharu akan dilencongan ke Lorong Budiman- alan Panji Alam, Jalan Ibrahim- alan Pasir Panjang- pusat bandar.

Katanya, kenderaan dari arah Kota Bharu yang ingin ke Chendering/Kuantan akn dilencongan ke Jalan Pasir Panjang/Jalan Panji Alam- Jalan Kampung Laut- Jalan Tok Adis.

Mohd Shukri berkata, kenderaan dari arah Chendering/Kuantan yang ingin ke pusat bandar/Kota Bharu akan dilencong ke Jalan Haji Abdul Rahman Limbong- Jalan Panji Alam/Jalan Ibrahim-Jalan Pasir Panjang-Pusat bandar/Kota Bharu.

Katanya, orang ramai dari arah Kota Bharu yang ingin ke Chendering/Kuantan yang datang dari Jalan Sultan Mohamad akan dilencongan ke Jalan Pasir Panjang/Jalan Panji Alam-Jalan Kampung Laut-Jalan Tok Adis.

Dipetik Dari : Berita Harian Online

_________________________________________

Peluang Calon BN Semakin Cerah
Oleh: Suriati Ali


Dato' Seri Abdullah menyampaikan anugerah kepada Tokoh Belia Negeri Terengganu, Dato' Ismail Said pada majlis Himpunan Belia Bersama Perdana Menteri di Wisma Darul Iman. - Foto SHUHAIMI AHMAD

Barisan Nasional (BN) dilihat semakin cerah, sekali gus memberi peluang untuk calon BN, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempertahankan kerusi pada pilihan raya itu kecil Parlimen Kuala Terengganu, esok (16 Januari)

Gerak kerja kempen BN kini berjalan lancar dan berkesan berbanding beberapa minggu sebelum ini, manakala pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang boleh diatasi berikutan rakyat semakin yakin dengan kepemimpinan kerajaan BN.


Dato' Seri Abdullah menandatangani plak perasmian Pusat Satelit ISN Terengganu.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata Insya-Allah kita akan menang, tapi kita masih perlu kerja kuat sebab dalam tempoh beberapa hari banyak ertinya.

Katanya, sebab itu kita perlu memberi penerangan kepada pengundi mengenai apa yang BN telah dan dapat lakukan, dan penting juga ialah kemampuan dan keupayaan Wan Farid untuk berkhidmat di kawasan Parlimen ini," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Belia Bersama Perdana Menteri di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, semalam (15 Januari)

“Saya yakin dengan kemampuan calon BN itu yang pernah menjadi setiausaha politiknya sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri.

“Mengenai dakwaan berterusan pembangkang kononnya BN membeli undi termasuk mengula-gulakan kakitangan awam,” katanya


Sebahagian belia yang hadir pada Himpunan Belia Bersama Perdana Menteri di Wisma Darul Iman.

Dato’ Seri Abdullah berkata, BN tidak perlu menggunakan taktik sebegitu kerana ia adalah sebuah parti yang kuat dan sudah terbabit dalam politik sejak negara mencapai kemerdekaan.

Beliau turut menasihatkan 80,229 pengundi di kawasan Parlimen itu supaya membuat pilihan secara rasional dengan membezakan perkhidmatan jangka panjang yang ditawarkan BN dan kempen kotor pembangkang.

Katanya, pengundi juga perlu mengambil kira rekod perkhidmatan lalu serta semasa BN dan memilih wakil rakyat yang berupaya memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka.

”Tanggungjawab BN bukan saja memenangi pilihan raya kecil itu, sebaliknya menjangkau kepada perspektif jangka panjang sehingga generasi akan datang terutama yang membabitkan dasar negara.

"Sebaliknya, pembangkang hanya sibuk berkaitan hal semasa tanpa mengambil kira kesannya kepada pertimbangan jangka panjang. Itu perbezaan asas di antara BN dan pembangkang," katanya.

Projek Perumahan Hasil Sefahaman Jitu Kerajaan

Oleh: Aida Abd Rahman


Dato' Seri Najib melakukan upacara pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Proses menukar status tanah untuk projek pembangunan yang dilakukan bagi faedah rakyat dapat dilaksanakan tanpa masalah jika kerajaan negeri dan Pusat memiliki persefahaman jitu.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, berkata kini terbukti terdapat persefahaman antara dua kerajaan apabila Kementerian Penerangan meluluskan serta-merta pertukaran kegunaan tanah untuk kerajaan negeri menjalankan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Katanya, Menteri Penerangan (Dato’ Ahmad Shabery Cheek) meluluskan permohonan itu serta merta apabila Dato’ Ahmad Said (Menteri Besar) meminta tanah milik Kerajaan Pusat untuk dimajukan dengan projek PPR.

“Oleh kerana yang diminta itu Menteri Besar Barisan Nasional (BN) yang diluluskan itu Menteri Penerangan BN, maka tiada hal (masalah) untuk dilulus dengan serta merta.

“Tambah lagi yang dipohon itu Ketua UMNO Bahagian (Dato’ Ahmad) yang dimintak kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini (16 Januari).

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Hamzah Zainuddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Dato’ Ahmad menulis surat kepada beliau sebagai Menteri Kewangan dan meminta supaya projek dilaksanakan segera.

Katanya, sebaik sahaja mendapat surat berkenaan, beliau membawa dalam mesyuarat dan memutuskan supaya projek berkenaan dilancarkan pada hari ini.

“Maka Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan dan melantik kontraktor untuk melaksanakan projek ini dengan segera, supaya selepas ini kita rundingkan harga dan selepas itu projek dilaksanakan.

“Jangan pula selepas ini orang kata kita bohong ataupun kita gula-gula pada pengundi..Tidak, kita tetap akan laksanakan projek ini. Bukan sahaja buldozer ini, tetapi kawasan ini akan berubah sedikit masa lagi, insyaALLAH..,” katanya.

Beliau berkata, projek PPR itu juga ada kaitan dengan peristiwa yang akan berlaku pada hari esok dalam beberapa jam sahaja lagi dan esok amat penting.

“Kita jangan fikir lusa tetapi (fikir) hari esok. Hari esok kita kena langkah, hari esok biarlah hari esok itu hari Barisan Nasional.

“Saya harap sangat biarlah tuan-tuan dan puan-puan, sebab dah cukup contohnya, projek ini pun dah cukup contohnya. Orang kata hendak pembaharuan, tetapi pembaharuan itu, agenda pembaharuan itu, agenda transformasi itu ialah agenda Barisan Nasional,” katanya.



Dato' Seri Najib dan Dato' Ahmad Said melihat model perumahan rakyat.

Beliau juga meminta supaya rakyat tidak perlu menukar parti dan memilih parti yang ada agenda perubahan sebagaimana yang dilaksanakan parti BN.

Dato’ Seri Mohd Najib berkata, pembangkang boleh mengatakan mereka mempunyai agenda tetapi mereka tidak boleh melaksanakan apa-apa kerana tidak mempunyai kuasa selain hanya mampu bersuara sahaja di dalam Parlimen.

“Yang mana penting bagi kita, yang mana boleh membantu kita, yang mana boleh membuat perbezaan untuk kita. Jawabnya ialah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Dalam pada itu, projek PPR Padang Hiliran merupakan projek yag disenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 yang akan dimulakan pembinaannya selewat-lewatya pada Jun 2009 dan dijangka siap sebelum Jun 2012.

Projek ini terdiri daripada 1,000 rumah bertingkat yang akan dibina atas tanah seluas 21.5 ekar bernilai kira-kira RM100 juta.

Unit Komunikasi Negeri

PAS, WAHID CEMERLANG ???




JANJI PEMIMPIN BERWIBAWA


Atasi masalah KT agenda Wan Farid



BEKAS Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wan Ahmad Farid, sanggup melepaskan jawatannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini. Wartawan GANUKITA menemubual Dato’ Wan Farid beliau bagi meninjau visi beliau jika menang pilihan raya itu.

Soalan – Sekiranya menjadi Ahli Parlimen, apakah langkah pertama Dato’ untuk penduduk Kuala Terengganu?

Jawapan – Saya fikir perkara yang paling penting adalah untuk menjadikan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebagai bandar raya yang cukup sifat sebagai bandar raya. Saya fikir di mana saya pergi dalam tempoh kempen, rakyat menghadapi rmasalah berhubung dengan sistem perparitan di seluruh bandar raya.

Beberapa hari lalu apabila penjumpaan yang diadakan diantara pegawai kanan MBKT, Datuk Bandar menyatakan sIstem perparitan keseluruhan bandar raya perlu dibaikpulih dan memerlukan peruntukan. Jadi, Timbalan Perdana Menteri nampak bersemangat untuk membantu.


SEPAKAT... Wan Farid berbincang dengan isteri To’ Puan Intan Baizura sebelum keluar berkempen

S - Apa pandangan Dato’ berhubung peniaga terutama Melayu yang nampak kurang berdaya maju?

J - Berhubung itu dan berdasarkan lawatan yang diadakan memang jelas bahawa berlaku kumpulan tertentu dan nampak jelas PAS yang menang lama, dimana BN sudah lama tidak mengambil kawasan itu. Terdapat penduduk di mana penenun kain songket di kawasan itu tidak tahu melebarkan perniagaannya dan perusahaannya. Apabila saya memberitahu adanya TEKUN boleh membantu, mereka tidak tahu apa itu TEKUN yang boleh membantu padahal mereka perlu dorongan, sokongan. Tugas itu adalah di bawah tanggungjawab Ahli Parlimen.

Keduanya apabila kita beri pancing, kita juga perlu mengajar mereka bagaimana untuk memancing. Inilah agenda BN untuk mengeluarkan penduduk dari kepompong kemiskinan.

Kita juga beri penekanan soal pendidikan ini juga amanat daripada arwah sepanjang menjadi Ahli Parlimen.Dalam tempoh itu apa yang dekat di hatinya adalah pendidikan, dunia dewasanya adalah pendidikan.

S - Bagaimana Dato’ melihat isu kemiskinan bandar dan perumahan rakyat ?

J - Jadi bila saya diberi peluang untuk menyambung khidmat ini saya akan mencari
dan berusaha supaya tidak ada mana-mana orang yang berada di Kuala Terengganu ini hanya kerana miskin mereka tidak dapat belajar.

Saya juga akan memperkemaskan pejabat khidmat masyarakat khas. Ini penting kerana ia menjadi nadi masyarakat. Oleh itu kita akan memastikan ia menjadi pusat khidmat masyarakat yang terbaik dan sistematik di mana mampu mengatasi masalah dalam tempoh terdekat.

S - Apa perancangan Dato’ untuk membantu belia?

J -Golongan belia sebenarnya sedang mencari ruang untuk memterjemahkan tetapi mereka tidak nampak ruang itu dan proses untuk seharusnya rancangan itu datang dari mereka. Kadang-kadang kita tidak tahu mengapa program belia tidak mendapat sambutan. Di sini berlaku maklum balas negatif daripada mereka. Bagi merealisalikan program yang diinginkan belia, kita akan memanggil belia supaya memberitahu apa sebenar program yang mereka mahu.

S - Apa potensi Kuala Terengganu dalam konteks industri pelancongan?

J - Potensi Kuala Terengganu adalah besar, moto Terengganu ‘Negeri Cantik Budaya Menarik’. Hotel yang mempunyai tasik wajar diterjemahkan dengan cara terbaik dan mengambil kira faktor alam sekitar supaya menjadi lebih baik.

Janji Wan Farid

Oleh KAMARUDIN MAT AKIB



Hebat...Sekitar kempen Pilihan Raya P036, Dato' Wan Farid.

Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh berikrar menjadikan Bandar Kuala Terengganu Bandar raya yang cukup sifatnya dan berusaha memenuhi keperluan warga Bandar raya serta berusaha membebaskannya daripada sebarang masalah.

Calon Barisan Nasional (BN) itu juga mengenal pasti beberapa masalah warga Bandar, termasuk system peparitan yang kurang sempurna dan sebahagian masyarakat masih dibelenggu kemiskinan.

Beliau mengenal pasti masalah itu hasil lawatannya sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Malah, pada pertemuan Timbalan Perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan pegawai kanan MBKT, Datuk Bandar MBKT, Dato’ Mat Razali Kassim, menyatakan sistem perparitan bandar Kuala Terengganu perlu dibaik pulih dan ia memerlukan peruntukan.

Dato’ Wan Ahmad Farid berkata, Najib bersemangat membantu menyelesaikan masalah berkenaan dan usaha penyele-saiannya menjadi lebih mudah jika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

“Timbalan Perdana Menteri berkata kalau kita bertepuk dua belah tangan baru berbunyi, jika tepuk satu tangan tidak akan berbunyi. Sekiranya saya diberi mandat oleh rakyat menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu, keutamaan saya membaik pulih sistem perparitan bagi mengelak berlakunya banjir,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Ganukita, baru-baru ini.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata demikian ketika ditanya me-ngenai visi beliau jika pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu memilih beliau pada pilihan raya kecil itu nanti.

Dato’ Wan Ahmad Farid juga mengenalpasti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk yang diwakili PAS sejak 1990, terdapat penduduk mengusahakan tenunan songket tidak tahu cara melebarkan perniagaan mereka.

Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh berjanji akan memberi tumpuan kepada soal pendidikan seperti yang diamanatkan Alahyarham Dato’ Razali Ismail yang mewakili kawasan itu sebelum ini.

Menurutnya, jika diberi peluang meneruskan khidmat Alahyarham Dato’ Razali, beliau akan mencari dan berusaha supaya tidak ada pelajar di kawasan Parlimen Kuala Terengganu tercicir dalam pela-jaran semata-mata kerana masalah kemiskinan.

Selain itu, beliau turut berjanji memperkemaskan pejabat khidmat masyarakat Ahli Parlimen bagi membolehkan masyarakat, termasuk kaum Cina menyelesaikan masalah mereka dan pihaknya akan memberi khidmat terbaik dan sistematik serta mampu mengatasi masalah dalam tempoh terdekat

Mengenai potensi bandar Kuala Terengganu sebagai destinasi pelancongan, beliau berkata, memang ia mampu memikat kedatangan ramai pelancong, sesuai dengan moto “Terengganu Negeri Cantik Budaya Menarik.

“Hotel yang mempunyai tasik wajar diterjemahkan dengan cara terbaik dan mengambil kira faktor alam sekitar supaya menjadi lebih baik dan dijaga dengan rapi,” katanya.

Mat Razali tarik diri Pegawai Pengurus pilihan raya

Dipetik dari : Berita Harian Online

KUALA TERENGGANU: Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Mat Razali Kassim menarik diri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), yang juga Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, dilantik menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai Pegawai Pengurus berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini.

“SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas berkenaan dengannya dan setelah memperhalusi daripada pelbagai sudut permohonan penarikan diri Datuk Bandar itu sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

“SPR bersetuju menerima penarikan diri Datuk Mat Razali Kassim sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil P36 Kuala Terengganu berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Pelantikan Wan Mustafa adalah selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 3© dan 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958, katanya. - Bernama

Kerajaan Beri Khidmat Tanpa Kira Agama

Oleh: Esah Abdullah


Dato' Seri Abdullah melihat model Kompleks Pakar Materniti dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Kerajaan terus melaksanakan segala program pembangunan kesihatan demi menjaga kepentingan rakyat tanpa sekatan dan batasan keturunan, bangsa atau agama yang dianuti rakyat negara ini.

“Kita tidak mahu nikmat perkhidmatan perubatan yang berkualiti diberikan kepada golongan tertentu sahaja sebaliknya untuk semua yang kaya dan miskin,” kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, di majlis Perletakan Batu Asas Kompleks Pakar Materniti dan Kompleks Psikiatri Kesihatan Mental, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu hari ini (15 Januari).

Turut hadir, Menteri Besar, Dato, Ahmad Said; Menteri Kesihatan, Dato liow Tiong Lai; Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Abdul Latif Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa, Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB Dr. Abdul Rahman Mokhtar


Kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang hadir pada majjlis perletakan batu asas Kompleks Pakar Materniti dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Katanya, kesihatan yang baik menjadi asas kepada kesempurnaan ibadah sekaligus melahirkan pemikiran yang cemerlang.

“Perkhidmatan perubatan dan program kesihatan yang dilaksanakan oleh kerajaan memberi kesan mendalam kepada rakyat dan ianya turut membantu mengurangkan kadar kemiskinan,”katanya.

Menurut Perdana Menteri, hari ini satu persatu impian rakyat di negeri ini menjadi realiti hasil kerjasama kerajaan negeri dan Pusat. Malah, rakyat juga akan mendapat limpahan kemakmuran seperti sekarang.


Dato' Seri Abdullah meletak batu asas projek Kompleks Pakar Materniti dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Salah satunya ialah mutu perkhidmatan rawatan perubatan yang sentiasa dipertingkatkan serta bilangan hospital dan klinik berlaku amat drastik,” katanya.

Katanya, kesihatan merupakan aset penting dalam pembangunan modal insan dan dalam rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan akan terus menyediakan kemudahan dan melaksanakan program bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk.

Menurut Dato’ Seri Abdullah, Terengganu telah mengalami perubahan mendadak setelah berjaya mengambil alih pemerintahan daripada PAS pada 2004 dan pembangunan yang dijanjikan berterusan tanpa masalah di mana-mana.

“Saya amat gembira kerana negeri ini masih lagi berada pada tempat pertama dalam bidang pendidikan terutama dalam keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini dan tidak mudah dicabar oleh negeri lain,” katanya.

Projek pembinaan Kompleks Pakar Materniti yang melibatkan kos RM120 juta merangkumi kos projek dan kos peralatan telah dimulakan pada Disember tahun lalu dan dijangka siap pada 2011.

Apabila siap bangunan tujuh tingkat ini akan memberi kemudahan serba moden khusus kepada ibu hamil, ibu bersalin serta bayi baru lahir dan menjadi tempat rujukan bagi semua hospital daerah seluruh negeri.

Bangunan ini turut mengandungi antaranya dewan bersalin, dewan bedah materniti, klinik pakar obstestik, neonatal bay, wad antenatal dan lain-lain kemudahan perkhidmatan sokongan.

Manakala Kompleks Psikiatri dan Kesihatan Mental yang berharga RM65 juta dengan ketinggian enam tingkat adalah gabungan Kompleks Neurosains, wad strok, akut/neuro ICU dan wad psikiatri mempunyai 60 katil masing-masing 20 katil lelaki dan perempuan dan kes non psikotik.

Pelaksanaan projek ini untuk meningkatkan perkhidmatan rawatan pakar dana sub kepakaran dalam bidang naurologi dan psikiatri.

Unit Komunikasi Negeri

Terengganu Setanding Dengan Negeri Maju.

Oleh: Suriati Ali


Dato' Ahmad Said ditemubual oleh pengacara rancangan Dialog@1, Suhaimi Mohamad pada siaran lansung rancangan itu di Wisma Darul Iman. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

Usaha kerajaan negeri menjana pelbagai projek pembagunan memberi kesan kepada kadar kemiskinan yang kini menunjukkan penurunan 89.9 kepada 6.5 peratus sepanjang tempoh 50 tahun.

Perangkaan diperoleh daripada Unit Perancangan Ekonomi (Epu) dimana Terengganu tidak lagi berada di kedudukan kedua termiskin seperti sebelum ini.

Malah, apa yang membanggakan, Terengganu kini berada di kedudukan ke empat di bawah paras negeri maju.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata ketika kadar kemiskinan 89.9 peratus, Terengganu berada di kedudukan yang kurang memuaskan.

Katanya, pelbagai perubahan drastik dilakukan kerajaan negeri bertujuan mengubah angka itu supaya lebih kecil. Ini termasuk memberi keutamaan kepada sistem pendidikan dan pembangunan modal insan.

“Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan program Ladang Rakyat dengan menekankan kaedah pembahagian tanah untuk projek penanaman padi dan kelapa sawit di sekeliling rumah.

Khamis, 15 Januari 2009

MCA persoal pendirian DAP sokong Pas, bantah hudud

Dipetik Dari : Berita Harian Online

KUALA TERENGGANU: MCA mempersoalkan pendirian DAP berkempen untuk Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sedangkan parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri yang membantu PAS berkempen pada pilihan raya kecil kali ini.

“Kalau DAP anggap dirinya mempunyai kredibiliti, DAP perlu memaklumkan kepada rakyat apa pendirian sebenar mereka. Apa yang dibuat di Kuala Terengganu bercanggah dengan kenyataan pengerusi DAP.

“Rakyat berhak tahu apa sebenar yang terjadi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog dengan pemimpin masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu di sini.

Semalam, Karpal Singh turut mempersoalkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara, adalah mengelirukan.

Karpal dilaporkan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan Pas hanya terpakai kepada orang Islam atau juga melibatkan mereka yang bukan Islam sekiranya Pas berjaya menubuhkan sebuah negara Islam.

Ong berkata, Pas sebenarnya takut hendak menjelaskan sama ada pelaksanaan hukum hudud hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam dan hanya menggunakan parti pembangkang lain seperti DAP and PKR untuk membuat penjelasan yang tidak mencerminkan hasrat sebenar PAS dalam perkara itu.

Ini terbukti, menurut Ong, apabila Pas memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004, meluluskan Rang Undang-Undang mengenai pelaksanaan hukum hudud walaupun menyedari hakikatnya ia tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan Parlimen.

“Mereka sedia maklum, ini hanya dapat dilaksanakan di peringkat Parlimen, bukan Dewan Undangan Negeri (DUN). Walaupun faham hakikat ini, dia buat juga. Jadi bila tak dapat dilaksanakan, rakyat Terengganu berhak nak tahu apa sudah jadi,” katanya. - Bernama

PM yakin BN mampu menang di KT

Dipetik Dari : Berita Harian Online
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh boleh menang asalkan jentera parti bekerja kuat.

Beliau berkata, sokongan pengundi terhadap BN semakin positif berbanding minggu lalu selepas BN yakin semua isu yang dibangkitkan pembangkang boleh diatasi.

__________________________________


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama menteri kabinet dan orang ramai menunaikan solat hajat selamatkan bumi Palestin di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Solat yang diimamkan oleh Timbalan Mufti Terengganu, Ustaz Abdul Halim Awang turut dihadiri Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abuqutaish. - Foto Hasan Ismail
Jan 15, 2009 9:03 pm


PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan batu-bata simbolik perasmian Kompleks Pakar Materniti & Kompleks Psikiatri Kesihatan Mental di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Turut hadir calon Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. - Foto Rosdan Wahid
Jan 15, 2009 8:24 pm


AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (kanan) beramah mesra dengan seorang peniaga ketika lawatannya ke Pasar Tani Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Bernama
Jan 15, 2009 5:59 pm



REZEKI: Che Zawiyah Omar (kiri) dibantu suaminya Mohd Azizi Jusoh sibuk menyusun roti paung panas untuk di jual di kedainya di Lorong Hj Da, Kuala Terengganu. Sejak bermula kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, rotinya menjadi tumpuan orang ramai kerana rasanya yang enak dan harganya tetap kekal walaupun kebanyakan peniaga menaikkan harga hingga RM2.50 sebiji. - Foto Hasan Ismail
Jan 15, 2009 2:13 pm


JALAN Pasir Panjang, Kuala Terengganu kini meriah dipenuhi bendera dan poster parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Perang poster semakin sengit ketika kempen pilihan raya hanya tinggal dua hari lagi. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 15, 2009 11:53 am


CALON BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) ditemani Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Dr Aseh Che Mat (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Syed Faisal Albar (kanan) meluangkan masa dalam kesibukan kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu berjumpa dan beramah mesra dengan kakitangan Pos Malaysia ketika menyertai Majlis Mesra Sokmo anjuran Pos Malaysia Terengganu di sini, hari ini. - Foto Mohamad Ishak
Jan 15, 2009 11:55 am


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbincang sesuatu dengan Pengerusi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Syed Ibrahim Kader (kanan) dan Presiden Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin selepas menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama masyarakat India Muslim, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Mohd Radzi Bujang
Jan 14, 2009 8:16 pm


Dipetik Dari : Berita Harian Online

Rabu, 14 Januari 2009

Jentera BN jangan terjebak dengan perang saraf

Dipetik dari : Berita Harian Online

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak menjadi mangsa kepada perang saraf yang dimainkan oleh pembangkang semasa tempoh berkempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang kini tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, petugas parti tidak seharusnya mengambil mudah dalam setiap tugas yang dilaksanakan dan mereka perlu sentiasa berusaha memastikan setiap pengundi sudah ditemui, dan setiap maklum balas sudah diterima.

“Ia adalah apa yang dikatakan sebagai perang saraf dalam fasa ini, di mana semua orang memberikan gambaran mengenai kecenderungan pengundi, dan pada masa yang sama pembangkang akan mengeksploitasi keadaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik operasi MIC di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata petugas parti perlu menangani setiap isu yang dibangkitkan oleh pengundi dan menjawab semua pertanyaan mereka.

“Mereka perlu diyakinkan bahawa Barisan Nasional masih parti yang lebih baik,” katanya dan menambah bahawa sehingga kini beliau berpuas hati dengan maklum balas yang diterima dari masyarakat India.

Hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu ini. - Bernama

Syabas Dan Tahniah



Syabas Dan Tahniah kepada semua murid yang memperolehi 9A/8A/7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 serta para Ibu Bapa, Guru dan semua pihak yang membantu melahirkan generasi cemerlang Terengganu Darul Iman. Daripada Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.


_______________________________________

GANUKITA : Hantarkan ucapan tahniah anda kepada mereka yang berjaya melalui ruang e-mail yang disediakan.

Selasa, 13 Januari 2009

Beri peluang kepada Wan Farid

Oleh: SURIATI ALI

Sebahagian besar masyarakat Cina dan India di bandar Kuala Terengganu mahu Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan, kerana calon Barisan Nasional (BN) itu lebih dekat dengan mereka berbanding calon Pas.

Mereka berpendapat calon BN itu lebih berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat berikutan hubungan rapat antara kerajaan negeri dan Pusat.

Janji pucuk pimpinan untuk melantik semula Dato’ Wan Ahmad Farid sebagai Timbalan Menteri jika memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu nanti seharusnya diukur sebagai peluang berganda oleh rakyat Terengganu.

Kerusi itu cukup penting bagi calon BN untuk membawa suara rakyat ke Dewan Negara supaya penduduk Terengganu mendapat manfaat yang sewajarnya sekaligus membangunkan modal insan dan prasarana.

Calon BN itu turut menzahirkan keikhlasan mewakili parlimen Kuala Terengganu yang diluahkan dalam laman web http//www.wanahmadfarid.com di mana jelas beliau mengharapkan rakyat memberi kepercayaan kepada beliau dan kepercayaan itu akan dibalas semula oleh beliau kelak.

Tee Peck Khin, 51, berkata dia memang suka cara calon BN mendekati masyarakat kerana beliau tidak mengira kaum untuk menghulur jasa.

“Walaupun saya berada di antara kelompok besar masyarakat Melayu, saya tidak berasa tersisih kerana kerajaan yang ditadbir Barisan Nasional (BN) sekarang sentiasa mengambil kebajikan masyarakat Cina.

“Bantuan yang diterima golongan Melayu seperti Dana Raya, peralatan dan pakaian sekolah turut dihulurkan kepada kaum lain,” katanya

Katanya, oleh itu, dia menyarankan kepada rakan lain supaya pilih calon yang boleh menjanjikan perubahan dan bukannya calon yang hanya pandai bercakap tetapi tidak buat.

Monalisa Abdul Rauff, 22, dari Flet Bukit Kecil, Kuala Terengganu semua ahli keluarga termasuk ibu bapa memang menyokong penuh calon BN yang sudah terbukti bakal membawa perubahan kepada Kuala Terengganu.

Katanya, kami sekeluarga sudah sepakat untuk mengundi Dato’ Wan Ahmad Farid apabila tiba masanya nanti.

“Saya yakin calon BN menang pada pilihan raya kecil nanti kerana beliau memang seorang yang berwibawa dan berhemah apabila berdepan dengan masayakat,” katanya yang akan keluar mengundi di pusat membuang undi di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Suri rumah, Sumathai A/P Marimuthu, 35, berkata dia tidak nampak perubahan yang dilakukan pembangkang. Bukti terdekat adalah di kawasan calon Pas itu sendiri iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

“Tiada sebarang pembangunan yang boleh dibanggakan rakyat apatah lagi untuk memanfaatkannya bagi membaiki taraf hidup penduduk di kawasan itu. Dia gagal membangunkan DUN, bagaimana untuk membangunkan empat DUN dalam satu parlimen pula nanti,” katanya.

Setiap undi penting bagi BN: Najib

Dipetik dari : Berita Harian Online



KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata, setiap undi penting bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil kawasan itu, 17 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak mahu menetapkan sama ada undi sesuatu bangsa itu begitu penting atau sebaliknya dalam menentukan kemenangan BN.

“Saya tidak suka nak kata undi Cina atau India lebih penting. Pada saya semua undi adalah penting.

“88 peratus pengundi (daripada 80,229 pengundi berdaftar di Kuala Terengganu) terdiri daripada pengundi Melayu. Kalau kita mendapat bilangan undi yang besar di kalangan Melayu, jadi pengundi Cina dan India hanya tambah sahaja.



“Tetapi jika undi Melayu sama banyak antara Pas dan Umno (BN), pengundi Cina dan India akan menentukan kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Timbalan Perdana Menteri bersama usahawan dan pecah tanah menara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT) di sini, hari ini

Gembira Dapat e-Book

Oleh: Suriati Ali


Dato' Ahmad bersama murid Tahun Lima yang menerima e - Book pada majlis Memperkasakan Kecemerlangan Pendidik Terengganu : Pemuafakatan Pemimpin dan Pelancaran e - Book di Kediaman Seri Iman. - Foto SHUHAIMI AHMAD

“Sikap cakna kerajaan negeri terhadap sistem pendidikan yang mahukan sentiasa terbaik di antara negeri lain perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Pendekatan itu memberi banyak kejayaan kepada Terengganu, termasuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) meraih tempat pertama lapan tahun berturut-turut,” kata seorang guru Tengku Badariah Tengku Husin, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Kapas, Kuala Terengganu.

Tengku Badariah berkata demikian selepas Majlis Memperkasakan Kecemerlangan Pendidik Terengganu, Permaufakatan Bersama Pemimpin dan Pelancaran e-Book di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini (12 Januari).


Sebahagian guru yang hadir pada majlis Memoerkasakan Kecemerlangan Pendidik Terengganu : Pemuafakatan Pemimpin dan Pelancaran e - Book di Kediaman Seri Iman.

Hadir sama di majlis itu, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Razif Abd Rahman; Ketua Pengarah Pelajaran, Dato’ Alimuddin Mohd Dom dan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Ariffin Embong.

Guru dari SK Sultan Sulaiman II, Noma Baba berkata pelaksanaan pembelajaran menggunakan e-Book adalah satu pendekatan positif selain mampu melahirkan murid berfikiran global suatu ketika nanti

Katanya, kaedah itu nyata menggembirakan murid kerana e-Book perkara baru selain satu bonus kepada mereka untuk meneroka lebih mendalam di bidang teknologi maklumat.

Mohd Hafiz Albar Aisal pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II, berkata dia akan menngunakan sebaik mungkin e-Book yang akan diagihkan sekolah nanti.

“Pemberian e-Book itu nanti merupakan satu bonus kerana saya memang suka belajar menggunakan komputer.

“Pergi sekolah nanti tidak perlu bawa beg lagi kerana menurut cakap cikgu semua maklumat mengenai pembelajaran yang ada dalam e-Book,” katanya.

Dato’ Ahmad berkata, buat permulaan seramai 25,000 murid tahun lima di seluruh Terengganu bakal mendapat e-Book yang dijangka diagihkan pada Mei nanti.



Murid Tahun Lima gembira menunjukkan e - Book pada majlis Memperkasakan Kecemerlangan Pendidik Terengganu : Pemuafakatan Pemimpin dan Pelancaran e - Book di Kediaman Seri Iman.

Katanya, sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk tujuan itu di mana ia mampu melahirkan murid celik teknologi maklumat dan berfikiran global.

“Selepas peringkat pertama dengan mengagihkan e-Book kepada murid tahun lima, penggunaan itu akan diagihkan kepada murid di tahun lain yang dijangka bermula tahun depan,” katanya.
_____________________________________

Saguhati ringan beban mangsa banjir
Oleh: Esah Abdullah


Dato' Ahmad Said menyampaikan wang saguhati kepada seorang penduduk Taman Pusu Tiga, Gong Badak yang terbabit dengan banjir pada majlis penyampaian untuk mangsa banjir di taman itu. - Foto SHUHAIMI AHMAD.

“Pemberian ini amat besar maknanya kepada saya dan keluarga kerana dapat membantu merigankan bebanan yang ditanggung serta menampung serba sedikit kerugian yang dialami ketika dilanda banjir baru-baru ini.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih di atas pemberian ini,” kata Mohd Afandi Mohd Ali, 54, penduduk Taman Desa Pusu Tiga, Gong Badak, Kuala Terengganu selepas menerima bantuan banjir yang disampikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, hari ini (12 Januari).

Beliau yang mempunyai empat anak dan sudah lapan tahun menetap di taman itu turut bersyukur kerana sebelum itu telah menerima sumbangan seperti barangan makanan dan pakaian.


Penduduk Taman Pusu Tiga yang terbabit dengan banjir mendaftar untuk menerima wang saguhati daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

Ibu kepada lima anak yang berusia empat hingga 15 tahun, Puan Rosanariah Zawati Mohd Hanafiah, 34, pula melahirkan rasa terharu dan bersyukur menerima bantuan wang tunai daripada pihak kerajaan.

“Saya baru berpindah ke sini setahun lalu dan ini pengalaman pertama, semua peralatan persekolahan anak tidak sempat diselamatkan dan banyak barangan tidak dapat diselamatkan,” katanya.


Dato' Ahmad Said bersalaman dengan penduduk Taman Pusu Tiga, Gong Badak yang terbabit dengan banjir pada majlis penyampaian untuk mangsa banjir di taman itu.

Namun begitu, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan dan sumbangan yang diterima ini dapat membantu dia dan suami membeli barang keperluan lain selain daripada keperluan anak-anak.

Manakala Puan Noraini Embong, 38, bersyukur semuanya sudah kembali seperti sedia kala tapi pengalaman menyelamatkan barangan penting sambil meredah air pada waktu malam tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

“Saya berterima kasih kepada wakil rakyat di sini yang segera menghulurkan bantuan makanan, bantal dan selimut kerana semua itu telah musnah ditengelami air,” katanya yang terpaksa tinggal 12 hari di pusat perpindahan banjir.



Seramai 234 keluarga di Taman Desa Pusu Tiga, Desa Darul Iman dan Taman Seri Embun menerima sumbangan berjumlah RM249,370.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Haji Ashaari Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Haji Muhammad Ramli Nuh dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Encik Zuhaimi Omar.

Menteri Besar berkata, satu kajian terperinci akan dilakukan oleh Jabatan Parit dan Saliran (JPS) bagi memastikan di kawasan yang berisiko tinggi seperti Taman Desa Pusu Tiga tidak akan dilanda banjir selepas ini.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk menyalurkan bantuan bagi mengurangkan bebanan mangsa banjir dan sejumlah RM200,000 dibelanjakan untuk membeli makanan, selimut dan bantal sebagai bantuan segera kepada keluarga mangsa,” katanya.

Katanya, terdapat 677 keluarga yang menjadi mangsa banjir tahun ini, di mana kerajaan memperuntukkan lebih setengah juta sebagai saguhati bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung mangsa.

Unit Komunikasi Negeri