Isnin, 12 Januari 2009

Jangan guna kumpulan motosikal, pembesar suara: SPR

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu supaya tidak berkempen pada hari pengundian seperti menggunakan kumpulan bermotosikal atau pita rakaman yang dipasang pada pembesar suara.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Wan Omar, berkata kaedah itu dianggap sebagai berkempen dan pelakunya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan proses undi pos di pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, di sini, pagi tadi.


Dipetik dari : Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan