Sumber : Berita Harian Online
KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan, Ezam Mohd Nor, malam ini berkata beliau akan mendedahkan surat yang ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, seminggu selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 8 September 1998.
Dalam ceramahnya di markas Barisan Nasional di Bukit Kecil, dekat sini, beliau berkata kandungan surat itu jika didedahkan akan menjelaskan prinsip perjuangan sebenar Anwar, terutama kepada Dr Mahathir ketika itu.
"Saya masih ingat lagi dia panggil saya ketika itu sebagai orang kepercayaannya agar beri terus surat 'perdamaian' itu kepada Dr Mahathir.
"Saya ingat lagi, malam itu dia bukan main marah, kutuk Perdana Menteri kerana pecatnya, tapi dalam surat itu amat berlainan sekali sikap Amwar yang hipokrit," katanya.
Ezam berkata, beliau akan mendedahkan semua kandungan surat itu kepada pengundi di Kuala Terengganu sebelum Sabtu ini.
Isnin, 12 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan