Isnin, 5 Januari 2009
WAN FARID - ANTARA KARAOKE & KENA DROP...
Macam-macam cara nak melemahkan calon Barisan Nasional (BN).
Cara ini dilakukan bukan semata-mata untuk melonjakkan agar calon PAS nampak terpuji tetapi juga sebagai calon terbaik.
Dengar ceritanya, seorang pemimpin PAS membangkitkan kononnya calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyanyi karaoke bersama seorang gadis di bandar Kuala Terengganu.
Tuduhan liar itu dibuat pada majlis pengumuman calon di Stadium Negeri pada 1 Januari lalu dan meminta rakyat menjauhkan calon BN yang dianggap tidak bermoral kerana karaoke dengan seorang gadis.
Selain itu khabar angin disiarkan mengatakan Wan Farid akan kena drop sebagai calon – bunyi macam perlawanan bolasepak je.
Laporan sebuah akhbar tabloid yang kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tersalah pilih calon turut dijadikan bualan untuk ‘meremehkan’ Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh.
Maka terhemburlah kata-kata kononnya Pak Lah kini serba salah dan mencadangkan digantikan saja dengan calon lain, dan mulalah kedengaran kata-kata kononnya Wan Farid bukanlah calon pilihan BN Terengganu.
Mereka berhujah lagi kononnya ‘dek kerana politiking dalaman UMNO (untuk nak ambil hati Pak Lah) maka Najib Razak terpaksa umumkan juga nama beliau. BN/UMNO Terengganu juga dikatakan tidak merestui Wan Farid.’
Keadaan dikatakan lebih memburukkan apabila Wan Farid kononnya gagal menambat hati rakyat marhaen kerana beliau adalah pemimpin elitis yang tidak berjiwa rakyat atau merakyat.
“Bagaimana beliau nak berkhidmat kepada rakyat?” kata mereka.
Wan Farid bukan sahaja sudah berusaha untuk ‘menjadi orang biasa’ sebaik mungkin namun oleh kerana ‘wajah’ Wan Farid digambar sebegitu buruk oleh pembangkang, ia menjadi suatu stigma dan stigma inilah yang perlu dibersihkan.’
Wan Farid sudah menegaskan bahawa amat penting pertandingan ini dilakukan secara berhemah dan tidak sekali-kali melakukan serangan peribadi antara satu sama lain dilakukan ketika berkempen.
Untuk membuktikan beliau benar-benar ingin berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Kuala Terengganu, Wan Farid sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan Senator tiga hari lalu.
Wan Ahmad Farid berkata, surat berkenaan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh melalui Setiausaha Sulit Kerjanya, Zulkifli Abidin.
''Surat peletakan jawatan saya sebagai Senator dan Timbalan Menteri telah diserahkan dan ia berkuatkuasa esok," katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Wan Ahmad Farid meletakkan dua jawatan itu bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan yang ditetapkan pada 17 Januari.
"Sebagai pemimpin parti politik kita perlu meletakkan kepentingan parti berbanding peribadi.
"Apabila parti meminta kita menawarkan diri, kita perlu bersedia mengikut arahan parti," katanya.
Berbalik kepada isu karaoke, amatlah jelas, parti pembangkang, khususnya PAS sengaja membuat serangan peribadi untuk memenangi hati pengundi supaya menyokong mereka dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu.
Hakikatnya, ini bukan serangan, ia pembohongan dan tuduhan liar. Tidak berdosakah melakukan sedemikian? Apalagi ia datangnya daripada parti Islam.
Sewajarnyalah Wan Ahmad Farid kesal dengan tuduhan liar parti pembangkang itu.
Wan Ahmad Farid berkata, beliau ada menyanyi bersama anak saudara perempuannya di rumah abangnya, Datuk Wan Hisham beberapa tahun lalu dan gambarnya dirakam.
Dipetik dari : www.hambali1.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan