Sabtu, 3 Januari 2009

Rakyat Dijaga Dari Rahim Ibu Hingga Ke Liang Lahat.

Oleh: Esah Abdullah


“Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjaga kebajikan rakyat bermula dari dalam rahim ibu hingga ke liang lahat, apakah ini tidak dikira sebagai kebajikan dan tidak mendapat pahala,” tanya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan segalanya daripada rawatan kesihatan, bantuan makanan, pakaian sekolah, beri basikal, bina rumah, duit bulanan, duit raya dan banyak lagi semata-mata kerana mahu melihat rakyat senang.

“Dengan segala pengorbanan kerajaan ini apakah tidak cukup untuk rakyat menyatakan terima kasih dan mengundi BN dalam pilihan raya kecil nanti,” katanya di majlis pelancaran Gerak Mesra dan Jentera Perayu Undi Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu, di Stadium Negeri hari ini (3 Januari).

Turut hadir, calon BN Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu, Senator Wan Ramlah Ahmad.



“Saya amat yakin dengan pengundi wanita kerana golongan ini tidak pernah ‘kecong’ (bohong) dengan kita, kalau ada 1,000 orang 950 adalah penyokong kita,” katanya dihadapan lebih 500 petugas perayu undi.

Katanya, wanita adalah nadi pembangunan negara dan tulang belakang kepada parti yang rajin dan setia kepada ketua serta jarang dilihat wanita mengkhianati janjinya.

“Saya berharap jentera wanita mampu menjalankankan tugas dengan baik dan berkesan sekaligus dapat membantu memberi kemenangan kepada BN dalam pilihanraya kecil 17 Januari depan,” katanya.

Unit Komuniksi Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan