Sumber : Berita Harian Online
KUALA TERENGGANU: "Saya akan jadi pekerja kepada semua pengundi dan pengundi adalah 'majikan' saya. Itulah mesej saya kepada pengundi di Kuala Terengganu sekiranya mengundi saya dan BN Sabtu ini," kata calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Dalam satu wawancara eksklusif dengan Berita Harian Online, di Pusat Media The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Permai Inn, di sini, pagi tadi, Wan Farid berkata, jika diberi mandat sebagai wakil rakyat, beliau akan bekerja untuk semua penduduk Kuala Terengganu tanpa mengira agama, bangsa, usia, budaya serta ideologi politik.
"Suara dan kehendak pengundi tanpa mengira latar belakang akan diterjemahkan di Parlimen. Saya anggap mereka (pengundi) majikan saya dan saya hanya pekerja mereka.
"Saya bertekad akan menjadi pekerja yang dapat berkhidmat baik kepada majikan saya," katanya.
Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kekosongan kerusi apabila penyandangnya, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands pada 28 November lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari mengundi pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Wan Ahmad Farid; Mohd Abdul Wahid Endut (Pas), manakala Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).
Wan Ahmad Farid yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu berkata, setiap seorang penduduk yang berdaftar sebagai pemilih tanpa mengira kedudukan, kaya atau miskin hanya mempunyai satu undi.
Katanya, undi mereka termasuk orang kurang upaya (OKU) adalah mustahak dan besar maknanya kepada semua calon yang bertanding.
Mengulas isu yang dibangkitkan pengundi hasil kempen dari rumah ke rumah yang diadakan, Wan Ahmad Farid berkata, banjir kilat yang melanda di kawasan Parlimen Kuala Terengganu bulan lalu antara isu besar disuarakan pemilih.
Katanya, banjir kilat itu berpunca daripada sistem saliran yang ada tidak mampu menampung jumlah air disebabkan hujan yang melanda di negeri ini melebihi daripada kadar biasa.
Dalam wawancara itu, Wan Farid turut menyentuh isu yang dibangkitkan pembangkang yang dianggapnya ada yang tidak kena mengena dengan keadaan di Kuala Terengganu.
Beliau juga ditanya mengenai isu 'senyuman' yang sengaja diperbesar-besarkan pembangkang, beliau menganggapnya tidak lebih daripada serangan peribadi apabila pembangkang kini kemarau isu.
Dalam temubual kira-kira sejam itu, beliau juga menyentuh isu pengundi atas pagar, kempen BN di kubu kuat Pas serta kepentingan BN untuk terus mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan