Isnin, 12 Januari 2009

Tidak perlu label negara kebajikan



WAN AHMAD FARID beramah mesra dengan kakitangan kerajaan pada majlis
perjumpaan dan makan tengah hari di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

--------------------------------------------------


KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu menggunakan label negara kebajikan kerana pimpinan negara telah melaksanakannya sejak memerintah.

Beliau berkata, sudah menjadi tradisi kerajaan membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan.

Menurut beliau, sejak seseorang itu lahir, kerajaan BN menjadi pembela rakyat.

"Ada pihak kata nak perjuangkan kebajikan dalam pilihan raya dulu pada mulanya main isu hudud lepas itu senyap, dapat kawan baru, timbul pula negara nak perjuangkan kebajikan.

"Di Malaysia sejak kita lahir sampailah masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik pelbagai pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Program Cakna Rakyat di SMK Seri Nilam semalam. - Bernama

Dipetik dari Kosmo Online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan