Oleh: SURIATI ALI
Kerajaan negeri akan membaik pulih dan menambah beberapa infrastruktur sedia ada di Bazar Warisan, Kuala Terengganu bagi memenuhi kehendak peniaga yang kurang berpuas hati terhadap kemudahan itu.
Kerosakan yang berlaku seperti atap bocor dan mengindahkan persekitaran akan dilakukan secara berperingkat bertujuan menaikkan kembali imej bazar itu di mata pelancong.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata segelintir peniaga di bazar itu merungut gerai jualan yang dibuka beberapa bulan lalu semakin merosot kerana tiada sambutan pelanggan.
“Selain itu, mereka yang dipindahkan dari Pasar Besar Kedai Payang juga tidak selesa berniaga kerana beberapa infrastuktur, termasuk penghadang kaki lima rosak dan bumbung kedai bocor.
“Kerajaan negeri mengakui perkara itu berlaku di bazar yang mula dibuka awal tahun lalu. Semua aduan peniaga dipandang serius dan kita akan mengatasinya secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di bazar itu, baru-baru ini.
Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Mat Razali Kassim dan beberapa pegawai kanan kerajaan.
Menteri Besar berkata, berdasarkan pemerhatian, kerosakan itu berlaku disebabkan kecuaian pihak tertentu yang tidak mementingkan kualiti kerja, sebaliknya hanya memikirkan keuntungan.
“Saya sudah mengarah pihak berkaitan membaik pulih kembali kemudahan yang didapati rosak serta menambah beberapa infrastruktur, termasuk kiosk dan lanskap air terjun di bazar itu,” katanya.
Dato’ Ahmad berkata, peniaga perlu bersepakat membuka gerai jualan masing-masing bagi menarik perhatian pelanggan dan pelancong luar. Sekiranya hanya beberapa lot kedai dibuka, ia tidak mampu mencuri hati pelanggan.
“Selain itu, peniaga perlu bijak merancang strategi jika ingin perniagaan mereka laris dan maju setanding dengan negara luar.
“Sebaliknya, apa yang menyedihkan, sikap peniaga itu sendiri yang tidak mahu berkerjasama dan sentiasa mencari balah antara peniaga lain. Jika sikap seperti itu berterusan, matlamat dalam perniagaan tidak akan tercapai,” katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan