Oleh: SURIATI ALI
Pendekatan Terengganu untuk melahirkan `anak terbilang dan berfikiran kelas pertama’ membabitkan kanak-kanak di awal usia, wajar mendapat pujian semua pihak, terutama ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) sentiasa berusaha menerapkan kaedah pembelajaran kreatif dan inovatif di 43 Taska Hadhari di seluruh negeri.
Komited dengan usaha itu, YPK akan menambah 32 taska lagi dengan satu taska di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pembinaannya dijangka bermula Mac ini.
Taska itu dibina atas inisiatif Kerajaan Pusat selepas melihat kejayaan YPU mengharumkan nama Taska sedia ada di peringkat kebangsaan terutama berkaitan program menghafaz surah lazim.
Sebanyak RM6.4 juta diperutukkan bagi membina taska itu yang bakal diberi nama Taska Permata Hadhari (TPH).
Ketua Penolong Pengarah YPK, Kamarulzaman Awang, berkata apabila TPH beroperasi kelak, pelbagai program yang boleh membangun dan merangsang minda akan dilaksanakan.
Katanya, ia termasuk program yang mampu mewujudkan hubungan mesra antara ibu bapa, pengasuh dan kanak-kanak, mengutamakan konsep belajar melalui seronok bermain, bebas meneroka dan menterjemah serta menumpukan aktiviti mengikut tema pada setiap bulan.
“Sebahagian konsep itu sudah dilaksanakan di Taska Hadhari dan ia jelas memberi satu perkembangan positif terhadap minda kanak-kanak.
“Mereka didapati lebih berani untuk berdepan dengan masyarakat, gemar mencuba perkara baru, ceria, berkeyakinan, berdikari, penyayang dan mampu menguruskan diri sendiri ,” katanya ketika ditemui GanuKita, baru-baru ini.
Seramai 320 pendidik akan dihantar mengikuti kursus Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan secara berperingkat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Kursus yang bertujuan meningkatkan daya kreativiti dalam sistem pembelajaran kanak-kanak itu diwajibkan kepada setiap pendidik walaupun ada di antara mereka berkelulusan ijazah kelas pertama dan memiliki diploma,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Haji Ashaari Idris, berkata kerajaan negeri berbangga dengan sikap cakna Kerajaan Pusat yang sememangnya prihatin terhadap sistem pendidikan di negeri ini.
“Jumlah yang cukup besar itu akan dimanfaat sebaik mungkin bagi menyahut hasrat kerajaan yang inginkan sistem pendidikan sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.
“Selain itu, pembinan TPH di setiap DUN dapat membantu ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah keluar bekerja berikutan taska itu mengenakan yuran berpatutan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan