Kerajaan negeri akan membina perpustakaan mini di perkampungan Orang Asli terpilih di negeri ini bagi meningkatkan mutu pendidikan masyarakat itu.
Selain itu, perkhidmatan perpustakaan bergerak dilengkapi kemudahan komputer disediakan di perkampungan masyarakat itu, bermula tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber
Manusia negeri, Encik Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya bangga dengan prestasi pendidikan masyarakat Orang Asli yang semakin meningkat setiap tahun.
“Pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lepas ada anak Orang Asli memperoleh keputusan 5A manakala beberapa pelajar berjaya masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.
“Berdasarkan peningkatan membanggakan itu, pelbagai perancangan dan program akan dilaksanakan, termasuk membina perpustakaan mini dan menyediakan perkhidmatan perpustakaan bergerak,” katanya.
Kerajaan negeri percaya melalui pendekatan itu, kehidupan orang asli akan lebih maju dan berdaya saing setanding dengan masyarakat luar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sudut Siber Kanak-kanak di Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah PPAT, Hajah Nor Akmal Abdul Fatah dan Pengurus Perhubungan Awam ExxonMobil, Encik Mokhtar Daud dan beberapa pegawai kerajaan.
Wujudnya sudut siber itu adalah di atas inisiatif PPAT dengan kerjasama Exxonmobil yang ingin melihat pelajar di negeri ini celik IT, berilmu dan berdaya saing.
Melalui sudut yang dilengkapi 15 komputer dan satu pencetak laser itu, pelajar mampu meneroka pelbagai ilmu selain mempelajari secara mendalam penggunaan komputer menggunakan pembelajaran interaktif.
Sejumlah RM55,000 disumbangkan Exxonmobil bagi tujuan itu dan pembelian pelbagai peralatan serta membaikpulih komputer yang rosak.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata, penggunaan IT ini akan diperluaskan kepada pelajar miskin yang tidak mampu mengeluarkan belanja untuk menggunakan kemudahan itu di pusat siber swasta.
“Program khas termasuk membawa mereka melawat ke beberapa tempat menarik seperti Taman Tamadun Islam (TTI) dan PPAT secara percuma akan dilaksanakan secepat mungkin.
“Bagi menjayakan program ini, kerajaan negeri akan melantik pegawai untuk mencari mereka yang disasarkan dan berdasarkan pemantauan kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman,” katanya
Menurutnya, kerajaan negeri yakin matlamat memperluaskan ilmu kepada semua golongan dan peringkat umur akan berjaya jika dilakukan secara serius dan mendapat kerjasama masyarakat.
“Sekiranya satu pihak sahaja berusaha mencapai matlamat itu, ia akan menjadi sia-sia walaupun jutaan ringgit dibelanjakan.
“Nekad serta kesungguhan masyarakat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan menikmati hidup lebih selesa adalah perkara paling penting dan membanggakan kerajaan negeri ,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan