Hari ini ramai yang bercakap mengenai sistem penyampaian berkesan, termasuk di peringkat kampung. Mereka mahu melihat masyarakat di kampung mendapat pembelaan sewajarnya dan diberi hak yang sama untuk menikmati pembangunan.
Hasrat itu amat murni. Di pihak kerajaan perkara ini sudah lama disedari, lantas telah menubuhkan sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sejak 1962 (47 tahun lalu), selaras dengan Arahan No.3 Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Pada ketika itu, JKKK ditugaskan menjadi penggerak di peringkat kampung untuk mengatasi empat masalah utama iaitu kemiskinan, masalah kesihatan, buta huruf dan sikap tidak peduli perkembangan persekitaran dan perubahan untuk masa depan atau ‘sikap tidak apa’dan tidak merancang masa depan.
Perubahan fungsi, fokus dan bidang tugas JKKK telah diselaraskan dan disesuaikan dari semasa ke semasa mengikut dasar, matlamat dan hala tuju yang ditetapkan: Gerakan Maju (1966), Jaya Diri (1968) dan Gerakan Pembaharuan (1972). Di sini jelas menunjukkan kerajaan berharap JKKK dapat berfungsi jentera strategik yang melaksanakan dasar-dasar negara di peringkat akar umbi.
Sesungguhnya harapan kerajaan untuk melihat kepimpinan kampung yang berkesan masih tidak berganjak. JKKK merupakan agensi yang menjadi komponen atau rangkaian penting kepada pentadbiran kerajaan. Bagaimanakah ia perlu dipertingkatkan kualiti, itu perlu difikirkan bersama. Nilai-nilai keberkesanan, integriti, kredibiliti, ketelusan dan ‘mesra serta cakna’ perlu diberi penekanan, selaras dengan seruan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said bagi ‘merakyatkan pembangunan dan pentadbiran’.
Bukan di negara kita sahaja diwujudkan pentadbiran akar umbi ini. Di negara jiran, Indonesia diwujudkan Badan Permesyuaratan Desa, diketuai seorang Ketua Desa dengan tempoh lantikan selama enam tahun. Di Brunei pula ditubuh sebuah lembaga di peringkat kampung yang cukup berperanan dan berkesan.
Kepemimpinan yang cemerlang sudah tentu datang dari kemahiran pengurusan dan ketrampilan mereka yang diberikan tanggungjawab dan amanah. Latihan dan bimbingan yang berterusan perlu diberi kepada Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa agensi peringkat akar umbi ini.
Program tahunan di peringkat kampung perlu dirancang dan dikendalikan; bukan sahaja menyentuh soal pembangunan fizikal, tetapi pembangunan modal insan, keselamatan, kebersihan sekitar serta kebajikan ‘anak buah’ perlu diberi perhatian yang seimbang.
Rakyat dan ahli kampung adalah pelanggan kita yang perlu dilayani dengan mesra dan penuh rasa tanggungjawab; jauh sekali diletakkan sebagai bebanan dan masalah kepada kita. Kita sudah menerima amanah untuk memimpin dan mengurus kampung, lantas laksanakanlah sebagaimana kita telah bersedia untuk menerima jawatan dan tanggungjawab itu, kerana jawatan bukan mahkota melainkan amanah jua.
Sistem maklumat dan data mengenai ‘anak buah’ dalam jagaan perlu kemaskini supaya jangan sampai kejadian anak buah bermasalah tidak dihiraukan. Layani mereka dengan penuh adil dan saksama.
Dulu secara tradisi wujud dengan sendirinya institusi ketua kampung (juga dipanggil tok penghulu) dari kehendak masyarakat sekitarnya yang bertindak menjadi ‘bapa dan pembimbing’ kepada anak-buah di kampung.
Kini dengan perubahan masa dan zaman, ia telah diurus secara sistematik dan berorganisasi, bukan lagi atas kepemimpinan peribadi ‘seorang ketua kampung’ tetapi melalui sebuah jawatankuasa. Sudah tentu ia lebih cekap, berintegriti dan berkredibiliti. Apatah lagi masa kini bersama JKKK ada pemimpin dan agensi kerajaan menjadi sandaran untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan